FAQ

SOALAN LAZIM / FAQ (Frequently Ask Question)

1. Bolehkah saya menempah item-item di dalam blog ini tanpa mengisi Borang Tempahan (Order Form)?
Tidak. Kami tidak akan menerima sebarang tempahan tanpa mengisi Borang Tempahan (Order Form) ini termasuklah melalui Emel/SMS/Call. Setiap tempahan mestilah melalui Borang Tempahan yang disediakan dan setiap ruangan (kecuali ruangan Komen) WAJIB DIISI!

*maklumat yang diisi perlulah BETUL. Sila semak maklumat-maklumat anda sebelum submit. Ini untuk memudahkan/melancarkan proses tempahan dan penghantaran.


2. Sekiranya saya sudah menempah item, kemudian pada keesokan harinya saya ingin menempah lagi satu item, bolehkah ianya dihantar dengan satu penghantaran sahaja?
Boleh. Dengan syarat anda menelefon terus kepada kami (emel/SMS tidak akan dilayan) supaya pihak kami dapat menerima dengan jelas permintaan anda.


3. Berapa harikah tempoh yang diberi untuk menjelaskan pembayaran?
Tempoh pembayaran adalah selama 2 hari dari tempoh tempahan (maksud tempahan di sini setelah submit Order Form) dan sekiranya anda gagal untuk menjelaskan pembayaran, dengan sendirinya tempahan tersebut terbatal dan kami akan memaklumkan kepada anda melalui emel.


4. Item yang ditempah sudah diterima tetapi mengalami kecacatan/kerosakan pada item tersebut. Bolehkah saya mendapatkan wang saya kembali?
Kebiasaannya kami akan memeriksa dahulu item-item sebelum dihantar kepada pelanggan. Ini untuk memastikan kualiti dan servis kami memenuhi kepuasan pelanggan. Namun sekiranya item tersebut mengalami kecacatan/kerosakan sebaik sahaja anda membuka bungkusan penghantaran, anda dikehendaki memaklumkan terus kepada kami dengan segera. Item tersebut hendaklah dihantar semula kepada kami dan wang anda akan dikembalikan.

*untuk makluman, kami mempunyai rekod gambar item sebelum dihantar kepada pelanggan. Di sini kami boleh mengetahui samada pelanggan menipu ataupun tidak. Sekiranya didapati menipu, nama anda akan di senaraihitam (blacklist)!


5. Item yang diterima tidak sama dengan apa yang ditempah. Bolehkah ini terjadi?
Kami menghantar item berdasarkan KOD PRODUK yang diberi pada Borang Tempahan. Kesilapan menghantar item tidak akan terjadi di sini. Maka PASTIKAN anda menyemak kod produk sebelum submit Borang Tempahan.


6. Berapa harikah proses penghantaran dibuat?
Sebaik sahaja kami menerima bayaran (dengan menyertakan Bukti Pembayaran melalui emel), pihak kami akan terus menghantar item tersebut kepada pelanggan. Tempoh penghantaran kebiasaannya mengambil masa selama 2-3 hari waktu bekerja (tidak termasuk Cuti Umum/Sabtu & Ahad). Anda boleh menyemak perjalanan item anda melalui tracking ID yang kami berikan kepada anda di emel/SMS.



7. Bolehkah saya memilih kurier selain daripada POS LAJU?
Kami hanya menggunakan perkhidmatan POS LAJU namun sekiranya anda ingin memilih selain dari perkhidmatan ini atas sebab-sebab tertentu, anda bolehlah memaklumkan kepada kami dengan mengisi maklumat di Ruangan Komen Borang Tempahan. Pihak kami akan menghubungi anda mengenai caj tambahan yang dikenakan. 


8. Bolehkah saya mengambil terus item tanpa melalui proses penghantaran (self collect)?
Boleh, dengan syarat anda menelefon terus kepada pihak kami sebaik sahaja anda menempah item tersebut.

Related Posts with Thumbnails
 

© since 02/2010NadiaSyifa Wardrobe | re-designed by Wan